Search This Blog

Si comel yang dah stalker

Friday, February 08, 2013

ASSALAMUALAIKUM

apa khabar , kawan2 mimi yang mimi rindui ? mimi harap , kalian sihat walafiat dan bahagia di samping orang 

yang tersayang serta hidup diberkati oleh Allah . 

kawan2 mimi telah meninggalkan mimi dan rakan2 yang lain di alattas . tapi , mimi tetap sayang dan rindu kat

 kalian . mimi ta sangka bahawa kita akan berpisah :( 


Nadiah & Anom

mereka telah pindah ke SMAJ dan meninggalkan ALATTAS . sejak mereka pindah , kelas menjadi sunyi 

dan tak meriah seperti dulu . kenangan terakhir bersama nan mereka ialah time kemas kelas . mimi akan ingat 

nadiah bila tengok risalah yang nadiah buat time pembentangan , anom mimi akan ingat bila peluk bantal yang 

mak anom berikan . hehe :) mimi rindu sesangat kat kalian terutama anom . sebab anom sudah 3 tahun

 sebilik nan mimi . 

Syahmira 

mimi tatau ar dia sekolah kat mana ? mimi rindu kat dia . walaupun dia selalu ganggu mimi dan kawan2 yang 

lain , tapi dia baik hati dan peramah . mimi suka kawan nan dia . pada mula sekolah , ustaz2 tanya 'mana dia 

iaitu syahmira ?' hehe . mimi rasa ustaz2 or cikgu2 kat dia sebab dia seorang yang semangat ketika belajar .

Aina 

dia pindah sekolah HIDAYAH kat skudai . dia sangat meminati sains dan dia memperolehi 6A dalam PMR . 

mimi rindu dengar lagu yang ada kat besta dia . tapi , kat asrama ada seorang budak form 1 muka macam 

dia . mimi selalu bergurau nan budak itu sebab mimi selalu bermain gurau senda nan aina . 

dia seorang periang dan kelakar , hahaha :D 



Fieyza 

dia kawan baik mimi sebab dia adalah tempat mengadu nasib  mimi . tapi , itu hanya sementara kerana mimi

 sudah tiada tempat mengadu . mimi double sayang kat dia . dia adalah teman yang selalu memahami mimi 

dan selalu menemani ketika mimi mengalami kesedihan . bila mimi baca surat yang dia beri kat mimi , mimi 

rindu sangat kat dia dan mimi ingin nak ucapkan befday depan dia . tapi , hanya sekadar mimpi sahaja . 

Alia 

da lama ta dengar cerita pasal dia . hikhik . mimi dapat tahu dia sekolah kat pasir gudang . dia kawan mimi
time form 3 . mimi akan ingat dia bila memori nan dia kat jusco time balik wajib . dia baik sebab dia selalu 

belanja dan beri mimi makanan . haha . dia selalu keluar nan mimi pada hari cuti . 

Ilah 

dia baru berpindah ke sekolah TUN HABAB . dia sangat meminati matematik dan sains . dia seorang yang 

comel dan kreatif . dia mempunyai cousin di Alattas sama umur . walaupun mimi ta beberapa nan dia , tapi 

dia tetap kawan mimi . kenagan manis mimi bersama nan dia adalah tidur di rumahnya .

Haziqah 

mimi teringin suara dia yang comel . walaupun , dia terlalu periang  dia sangat baik hati . mimi selalu lepak kat 

bilik dia . dia suka makan maggi pada waktu malam . dia sekolah biasa sebab dia kena teman mak dia yang 

tinggal bersendirian . dia anak bongsu dan kakak2 n abang2 dia dah besar . 

walaupun kalian tiada di depan mata mimi . tapi , kalian tetap ada di hati mimi . mimi sayang kalian , mimi 

rindu sangat suasana meriah yang ada kat kelas selama 3 tahun kita bersama . mimi harap tali persahabatan 

kita akan kekal dan jangan lupa mimi n kawan2 lain yang ada kat ALATTAS . senang suka dan susah duka 

kita tetap TEMAN YANG TIDAK BOLEH DIPISAHKAN MELAINKAN KEMATIAN . kalau ada 

masa free , datanglah ALATTAS sebab kita ( geng beria ) selalu menanti kehadiran kalian yang kami rindui 

dan sayangi .

No comments:

Post a Comment